
Semalam aku kuar lepak ngan cousin2 aku n kawan aku.
So aku pun tunjuk la blog baru aku ni kat diorang.
Then kawan aku ni tanye,
'Why Spellkid?'
Erm.. actually gelaran Spellkid ni aku dapat masa sekolah lagi.
Masa tu aku form 3 lagi.
Aku ni kira macam tergolong dalam kumpulan budak2 baik la konon.
Dan kat dalam kelas aku ni ada 3 orang budak nakal or samseng wannabe yang selalu wat masalah dan cari pasal ngan kitorang.
Satu hari masa kat surau sekolah lepas solat Zohor,
budak2 tu datang.
Konon diorang pun nak solat gak.
Tapi diorang yang jahat dan tak ada kerja ni pergi menyembunyikan kasut kitaorang.
Yang aku bengang tu, kasut aku diorang letak dalam longkang.
Kalo longkang kering tak per lagi,
So abis la basah kasut aku ni.
Oleh kerana terlalu marah dan bengang aku pun menyumpah,
'Aku sumpah ko akan minum air longkang ni!'
Yang diorang leh lagi nak gelakan aku.
Tak per sabar jer la..
Then pada 23hb June 2003,
iaitu 2 minggu selepas kejadian sorok-menyorok kasut itu,
kawan aku datang kepada ku membawa berita terkini.
'Ko tau tak? Si Fuad tu masuk hospital. Cedera parah kat kepala dan patah kaki kanan sebab eksiden.'
'Dia jatuh longkang masa otw balik rumah.'
Erk....
Masa tu memang tergamam kejap.
Rasa bersalah giler.
'Betul weh.. Aku rasa memang die dah terkena sumpahan ko la weh.'
Sejak dari hari tu kawan2 aku gelar aku
'Son of SpellMan'
Sempena nama bapak aku 'Sulaiman'
Siot jer diorang ni..
Tapi keadaan budak tu tak lah seteruk yang digambarkan.
Kurang 6 bulan dah leh jalan.
2 comments:
Pehhh hebat shiauuu kawan aku ni xD
So jgn la nak main2kan aku ek kalo x nak kena 'spell'
hohohoho :P
Post a Comment